Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI"
tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah
Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan
panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah
Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini.
Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani,
yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan
yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu
yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan
dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari
Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua
perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?
Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini,
tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai
antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk
dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita
ini atau badan kita ini lah di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri
sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan
perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat
apa apa jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad
itu sendiri. Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri
yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu
faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya
terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau
ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri
kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan
Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke
dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui
jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab, "
Masuklah melalui mana mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh
memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui
hidung.
Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk
ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini
jelas menunjukkan bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau
juga di panggil Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah
Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya
"Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan
bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan
menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah
"Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib.
Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam,
dan dia lah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup
sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
BARANG
SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya
saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan
tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa
dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar
Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini
semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan
tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa
dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk
mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu,
dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran
cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan
erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan
kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar
Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya
yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah
terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri
yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari
sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang
maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara
melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).
1. Terbuka Sendiri.
·
Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah
berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan
Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba
jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka
terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak
perlahan lahan.
·
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan
cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya.
Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih
mengetahui akan ilmu ini.
·
Mereka mereka yang mendapat cara ini
selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
·
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di
lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
·
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
·
Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di
buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri
itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3
ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru
yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar
dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang
kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
·
Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya
Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada
aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
·
Aliran ini berisikan daya hidup yang
pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran
Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa
arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka
berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
·
Ianya duduk didalam jasad
·
Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
·
Dia lah yang Menghidupkan kita
·
Punca tenaga
·
Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha
Tahu
·
Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal
dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang
hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan
kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di
tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau
orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau
kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan
dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah
kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa
mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya''
wallahualam...